Monday 21 October 2013

TIP BISNES: BILA MASA PALING SESUAI MEMULAKAN PERNIAGAAN?

Assalamualaikum.

Ramai yang mengatakan kepada saya, ilmu belum cukup di dada untuk memulakan perniagaan. Siapa kata anda perlu mempunyai ilmu yang penuh untuk memulakan? Pernahkah anda mendengar ada jutawan yang berkata " ILMU SAYA SUDAH PENUH DI DADA, SEBAB ITU SAYA SUKSES"..Tidak mungkin sama sekali.

Benda ini macam isu telur ayam dan mak ayam?Yang mana satu keluar dulu.

ANDA SEBENARNYA PERLU MEMULAKAN USAHA MEMBINA PERNIAGAAN ANDA DARI SEKARANG!!

Tidak kisah dengan mencari ilmu di dada akbar atau mempelajari kemahiran yang mungkin akan diperlukan nanti.Saya selalu nasihat kan, nak berniaga ni anda perlu belajar banyak perkara. Setiap perkara itu mempunyai terlalu banyak butirannya yang perlu anda kutip.Anda mungkin tidak perlu tahu semuanya, cukup sekadar 1 atau 2 perkara sahaja.Sebab itu sangat penting untuk anda mencari dan bertanya kepada orang yang sudah berjaya. Melalui PROGRAM USAHAWAN TASKA ini anda diberi mentor bagi memantau setiap aktiviti yang bakal anda lakukan supaya anda tidak tersasar dari matlamat asal. SEMOGA BERJAYA MENUJU KE PUNCAK KEJAYAAN!!


No comments:

Post a Comment