Monday 24 February 2014

LAWATAN KE TASKA NUR BUDI BANDAR PUTERI KLANG

Menerusi Program Usahawan TASKA, para mentee atau usahawan dijanjikan pemantauan dan khidmat konsultan oleh pihak pengurusan NURBUDI. Tujuan pemantauan dijalankan adalah untuk memantau kualiti dan memberi panduan kepada mentee di dalam menjalankan perniagaan taska. Pemantauan di jalankan dengan membuat lawatan ke premis taska berkenaan sekurang-kurangnya sekali dalam masa sebulan.
Terbaru ialah lawatan ke TASKA NUR BUDI di BANDAR PUTERI KLANG yang dimiliki oleh Pn Ros. Dari pemantauan pihak pengurusan, taska ini adalah yg berjaya mendapat bilangan kanak-kanak yang ramai walaupun hanya dibuka dalam masa 2 bulan sahaja. Dengan pertambahan bilangan kanak-kanak, maka usahawan telah menambah bilangan guru taska mengikut nisbah yang ditetapkan oleh JKM. Semoga taska Pn Ros ini semakin berjaya dan sukses.