Friday 29 November 2013

SENARAI SEMAK PERMOHONAN UNTUK KEBENARAN MERANCANG MAJLIS PERBANDARAN KLANG (MPK)

Logo Majlis Perbandaran Klang


Di sini kami ingin berkongsi maklumat mengenai senarai semak permohonan kebenaran merancang MAJLIS PERBANDARAN KLANG (MPK). Ini kerana senarai semak ini berlainan mengikut daerah.

1. SURAT PERMOHONAN RASMI
2. LAPORAN CADANGAN PEMAJUAN (LCP)
3. BAYARAN FI KEBENARAN MERANCANG
4. BAYARAN FI PENYEDIAAN PELAN SUSUNATUR
5. SURATAN HAKMILIK TANAH/ GERAN TANAH/CARIAN RASMI/SALE & PURCHASE AGREEMENT
6. SALINAN CUKAI TAKSIRAN
7. SALINAN CUKAI TANAH TERKINI
8. SALINAN SIJIL LAYAK MENDUDUKI
9. SALINAN SSM
10. GAMBAR PREMIS
11. SENARAI NAMA PEMILIK RUMAH BERSEMPADAN PREMIS
12. SURAT SOKONGAN DARI JABATAN BOMBA & PENYELAMAT DAERAH KLANG
13. SURAT SOKONGAN DARI JKM




Wednesday 13 November 2013

PROSES PENUBUHAN PUSAT ASUHAN KANAK-KANAK

Usaha penggalakan penubuhan pusat asuhan kanak-kanak di sektor swasta amnya dan di sektor perkilangan khususnya sedang dibuat bagi meningkatkan tahap penyertaan wanita dalam pasaran buruh. Majikan perlu menyediakan kemudahan pusat asuhan kanak-kanak bagi faedah pekerja-pekerja, sama ada di kawasan tempat kerja atau di tempat lain yang bersesuaian. Dengan adanya kemudahan pusat asuhan kanak-kanak di tempat pekerjaan ini, maka ramai di kalangan pekerja wanita yang mempunyai masalah penjagaan anak dapat mengatasi masalah mereka dan dapat meneruskan kerja dengan tekun. Di samping itu, anak-anak mereka juga dapat memperolehi manfaat dari pengasuhan yang teratur.

Justeru itu, sebuah buku bertajuk GARIS PANDUAN PUSAT ASUHAN KANAK-KANAK oleh para majikan di sektor swasta telah dikeluarkan bagi dijadikan panduan kepada agensi-agensi kerajaan dan institusi-institusi lain sekiranya mereka ingin menubuhkan pusat asuhan kanak-kanak bagi faedah pekerja-pekerja mereka.

Sumber: JABATAN TENAGA KERJA SEMENANJUNG MALAYSIA, KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA.