Friday 7 July 2017

TIPS Perniagaan Maju ke depan

Assamualaikum w.bt. 

(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang)


Di ruangan ini kita akan berkongsi TIPS kejayaan bagi seorang usahawan. Usahawan dari bidang yang mana pun boleh guna. Business hartawan, business makanan hatta business laundry sekalipun. Allah suka hambanya yang bekerja sendiri kerana itu adalah sunnah Rasulullah. 9/10 dari punca rezeki datangnya dari perniagaan. Maka sebagai usahawan memerlukan banyak sokongan dan bantuan bagi melonjakkan perniagaan pergi jauh untuk di sini dan di sana. Kejar dunia untuk dibawa ke akhirat. Ha...bagaimana ye:

1. BRING THE TEAM

Penat bekerja seorang diri. Lebih baik bekerja secara berjemaah atau beramai2. ramai yang akan membantu. Dari sudut pandangan syarikat, perlu adanya Pengarah, Marketing Manager, Operation Manager, Admin manager dan banyak lagi jawatan yang boleh dirangka. Kenapa perlu TEAM? Dengan adanya team, masa dan fokus sesuatu department itu dapat dioptimumkan. Semua mempunyai kepakaran dan kemahiran masing-masing. Tetapi bagaimana pula jika modal capital tidak mencukupi untuk membayar gaji. Malahan gaji minima tahun 2017 ini adalah RM 1000/seorang/sebulan. Pegang kepada ayat di bawah dalam Surah Al Hadid : 10.

Antara salah satu infak kita sebgai majikan adalah dengan belajar INFAK kepada orang lain.The POWER OF GIVING. Tangan yang diatas lebih baik dari yang dibawah. Memang kita rugi RM1000 atau lebih setiap bulan atau lebih, tetapi fikirkan dengan kepakaran dan ilmu yang dimiliki oleh orang kita hire itu memberi pulangan 10-20 kali ganda!!!MasyaAlllah. Tetapi betulkan niat, bukan kerana kita mahu profit syarikat bertambah jadi kita perlukan pekerja..salah tu. Betulkan NIAT KERANA ALLAH. Hanya ALLAH AR RAZZAQ, Pemberi rezeki terbaik!!

Dan apa nak buat jika keuntungan syarikat mencapai ratusan atau jutaan ringgit? Belanja, simpan? Apa option kita. Tengok balik dalam ayat ini..INFAKKAN kepada JALAN ALLAH. Kepada siapa: Ibuayah, anak yatim, fakir miskin, orang dalam perjalanan yang kehabisan bekalan. Jangan risau, tidak akan miskin. ALLAH akan bantu untuk capai lebih banyak. Ingat, dalam setiap rezeki kita pasti ada hak orang lain. Tunaikan zakat.  Yang membisikkan kejatuhan dengan kemiskinan adalah syaitan. Dan Allah sebut banyak kali syaitan adalh musuh yang nyata.

Dan mengapa kamu tidak membelanjakan harta benda kamu pada jalan Allah? - Padahal Allah jualah yang mewarisi langit dan bumi (serta segala isinya). Tidaklah sama di antara kamu, orang-orang yang membelanjakan hartanya serta turut berperang sebelum kemenangan (Nabi menguasai Makkah). Mereka itu lebih besar darjatnya daripada orang-orang yang membelanjakan hartanya serta turut berperang sesudah itu. Dan tiap-tiap satu puak dari keduanya, Allah janjikan (balasan) yang sebaik-baiknya. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya akan apa yang kamu kerjakan.

 

 

2. Gali ilmu tentang perniagaan, jangan ego.

Untuk berjaya, seseorang perlu ada ilmu dalam perniagaan yang diceburi. Dalam perniagaan taska dan tadika, seseorang perlu ada PENDIDIKAN DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK. Banyak inntitusi atau kolej yang menawarkan kursus yang berkaitan. dari peringkat sijil, Diploma , Ijazah, Master sekalipun. MCS College dan Universiti Malaya antara institusi yang menawarkan kursus2 berkaitan PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK. Di PERSATUAN TASKA NEGERI SELANGOR (PTNS) juga banyak kursus yang di jalankan. Antaranya KURSUS PERMATA, Kursus Pertolongan Cemas dan sebagainya. 

Dengan adanya ilmu, kita tidak ditipu. Beramal dengan ilmu. Tetapi bukannya beramal tanpa ilmu yang betul. Ilmu juga diperolehi dari pengalaman2 kita yang dulu. Pengalaman sebagai ibu yang membesarkan anak2 juga sedikit sebanyak dapat membantu pengusaha taska dan tadika dalam menangani masalah antara kanak-kanak yang dijaga.

 

 

3. ROLE MODEL/IDOLA

Siapa idola kita? Siapa dambaan kita? Semestinya orang sudah berjaya. Iron lady Malaysia, Dato Maznah (Pengerusi SECURIFORCE SDN BHD ). Satu perniagaan yang biasanya diceburi oleh kaum lelaki. Securiforce adalah satu syarikat yang menawarkan keselamatan di syarikat2 lain terutama di bank untuk penghantaran wang ke CDM, ATM. Dan melibatkan ARMED GUARD. 

Jadi dalam bidang yang kita ceburi juga perlu ada idola. Mungkinkah Rasulullah adalah idola kita. ye itu yang sebaiknya. Daripada seorang pengembala kambing kepada seorang yang berakhlak mulia. Dari segi urusan jual beli, urusan keluarga , urusan masyarakat. Semuanya seimbang. Siti Khadijah , isteri Nabi yang pertama dari Bangsa Quraisy juga sangat suksess sebagai saudagar. Dari golongan bangsawan dan hartawan.

Baiknya adalah contoh yang diikuti. Role model membentuk minda yang positif dan semangat untuk terus bangkit menuju kejayaan. SEEING IS BELIEVING!!
 

Akhirnya, saya doakan kita semua berjaya di dunia dan di akhirat. Kejar dunia untuk dibawa ke akhirat.Tapi ingat, jangan melampau!!

"Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah); dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan ".

(Surah Al Qasas: 77)