Saturday 20 July 2013

SELAMAT DATANG KE PROGRAM USAHAWAN TASKA

Perniagaan adalah satu proses pembelajaran. Setiap apa yang kita buat akan ada sukses dan kegagalan. Dan setiap sukses atau gagal, akan membawa maklumat yang penting tentang langkah yang telah diambil. Sebab itu, apabila anda ingin memulakan sesuatu perniagaan itu, anda hendaklah menanamkan semangat yang kuat untuk berjaya & sedar sepenuh hati bahawa akan ada sukses, kegagalan & kerugian yang bakal anda hadapi.
Namun begitu, anda tidak perlu khuatiri atau gusar kerana melalui PROGRAM USAHAWAN TASKA ini anda akan mendapat sokongan yang padu daripada pihak pengurusan NURBUDI WORLD VENTURES untuk membantu anda membuka & menguruskan perniagaan taska & tadika di bawah nama NURBUDI KIDS CENTRE.
NURBUDI WORLD VENTURES adalah sebuah syarikat bumiputra yang bertanggungjawab melahirkan usahawan yang berminat menceburkan diri di dalam pendidikan awal kanak-kanak. Kami bertindak sebagai konsultan melaui kaedah Mentor-mentee.

SALAH PILIH GURU, ANDA AKAN SESAT!!
Untuk berjaya di dalam perniagaan, anda perlukan 3 perkara penting:
1. ILMU
2. MENTOR
3. KOMUNITI