TIP @ PANDUAN

1. CONTOH SURAT AKUAN BERKANUN 
(bagi tujuan TIDAK MEMBUAT SEBARANG PERUBAHAN KEPADA PREMIS BANGUNAN)

Saya.............................K/P No:.......................................Alamat:...............................
dengan sesungguhnya dan sebenarnya mengaku bahawa:
......................................
........................
dan saya membuat akuan ini dengan kepercayaan bahawa apa-apa yang tersebut di dalamnya adalah benar, serta menurut kuasa peruntukan Akta Akuan berkanun 1960.

diperbuat dengan sebenar-benarnya diakui oleh yang tersebut nama di atas iaitu:
...................................)
di................................)
di negeri.....................)
pada,,,,,,,,,,,,,,.............,)                                               ............................                                                      
                                                                                    Tandatangan/cap jari


Di hadapan saya,

...................................
(Tandatangan Hakim Mahkamah Sesyen,
Majistret atau Pesuruhjaya Sumpah)

2.KATEGORI PREMIS BAGI PENUBUHAN TASKA & TADIKA.

Terdapat 4 kategori premis/ tapak yang diberi pertimbangan untuk beroperasi sebagai tadika & taska iaitu:

1. Tapak khas yang telah didirikan bangunan.
Merupakan tapak khas yang telah dikenal pasti oleh rancangan pemajuan & telah didirikan bangunan sama ada oleh pihak swasta (pemaju), kerajaan ataupun individu.

2. Tapak khas yang belum didirikan bangunan
Merupakan tapak yang telah dikenal pasti oleh rancangan pemajuan.

3. Bangunan tempat kerja/ institusi/ bangunan perniagaan/ bangunan berintegrasi dengan kemudahan masyarakat.
Tadika &  taska di galakkan dijalankan secara integrasi sama ada berpusat @ bertingkat di dalam satu bangunan dengan kemudahan lain seperti perpustakaan, klinik. Manakala bagi tadika & taska yang hendak dijalankan di bangunan perniagaan, ia hendaklah di aras bawah atau di aras pertama bangunan perniagaan tersebut.
Tadika & taska di tempat kerja, institusi, bangunan perniagaan dan bangunan berintegrasi dengan kemudahan masyarakat yang lain merupakan alternatif kepada pemaju bagi mengelakkan penyediaan tadika & taska di dalam kawasan kediaman.

4. Di kawasan kediaman
Tadika & taska tidak dibenarkan di lot kediaman. Namun seandainya tapak khas telah dimajukan tetapi masih tidak dapat menampung permintaan setempat maka tadika & taska boleh diberi pertimbangan di lot kediaman dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh PBT:

a. Mendapat surat persetujuan awal pemilik sah rumah berjiran yang bersempadan dengan tanah yang berhubung dengan tapak lokasi cadangan dalam jarak tidak melebihi 20 meter dari tapak lokasi cadangan, manakala dalam jarak 200 meter bagi cadangan tadika & taska di jalan mati.
b. Untuk kediaman teres, hanya lot tepi ( corner lot) sahaja dibenarkan. Lot tengah ( intermediate lot) atau lot hujung ( end lot) tidak dibenarkan kerana tidak mempunyai kawasan lapang di samping bagi mengelakkan masalah kesesakan lalu lintas. Larangan ini tidak timbul bagi rumah sesebuah (banglo) atau berkembar (semi-detached) yang lazimnya mempunyai kawasan lapang yang mencukupi.
c. Jarak di antara sebuah taska dengan yang lain hendaklah melebihi 400 meter bagi mengelakkan masalah kesesakan lalu lintas di dalam kawasan perumahan.
d. Untuk kawasan perumahan pangsa termasuk pangsapuri, kondominium dan service apartment, taska hanya dibenarkan di aras bawah (ground floor) sahaja.


Sumber: JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA SEMENANJUNG MALAYSIA
KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN 2012



No comments:

Post a Comment