Thursday 24 October 2013

KRITERIA PEMILIHAN BAHAN & PERALATAN UNTUK KANAK-KANAK

Berikut adalah kriteria pemilihan bahan & peralatan:

1. Peralatan semulajadi
Peralatan yang memberi pengalaman & peluang belajar konsep matematik seperti luas dan pengukuran. Bahan-bahan semulajdi ini boleh didapati dengan mudah seperti pasir, tanah liat & air. Pastikan sekiranya anda menggunakan bahan semulajadi seperti daun yang diambil dari kebun hendaklah dipastikan tidak membahayakan kepada kanak-kanak. Misalnya daun yang terdapat duri, bergetah dan gatal-gatal.



2. Bahan konstruktif
Bahan konstruktif seperti lego dan bongkah membantu membina koordinasi motor halus, berimaginasi, pengalaman mengukur, nisbah (ratio), penyelesaian masalah, dan bekerjasama dengan rakan. Dicadangkan sekiranya anda menggunakan bahan konstruktif sebaik-baiknya bahan tersebut dikehendaki berbentuk 'terbuka' (open-ended). Guru boleh membahagikan mengikut kumpulan kecil atau secara individu. Bergantung kepada kesesuaian masa dan bentuk aktiviti yang dirancang.


3. Bahan manipulatif
Bahan manupulatif seperti puzzles, bijian, butang adalah untuk memberi peluang kanak-kanak melatih koordinasi tangan-mata dan membantu membina otot kecil pada jari dan tangan. Pengalaman ini penting untuk embantu keupayaan menulis, mengenakan butang & zip. Pastikan sekiranya anda menggunakan butang dan benang hendaklah memastikan kanak-kanak tidak memasukkan bahan tersebut ke dalam mulut atau hidung.


4. Bahan seni lukis
Bahan seni lukis seperti gam, tanah liat, warna dan kolaj memberi peluang kepada kanak-kanak untuk melahirkan idea kreatif, menyelesaikan masalah serta membantu dalam perkembangan fizikal & deria. Bahan warna hendaklah yang tidak mengandungi toksid.


5. Buku
Buku-buku yang dipilih hendaklah bersesuaian dengan peringkat umur. Buku juga dapat membina perkembangan minda seperti bahasa, imaginasi dan kreativiti. Sebaik-baiknya pilih buku yang banyak terdapat illustrasi dan sedikit perkataan.

No comments:

Post a Comment