Wednesday 13 November 2013

PROSES PENUBUHAN PUSAT ASUHAN KANAK-KANAK

Usaha penggalakan penubuhan pusat asuhan kanak-kanak di sektor swasta amnya dan di sektor perkilangan khususnya sedang dibuat bagi meningkatkan tahap penyertaan wanita dalam pasaran buruh. Majikan perlu menyediakan kemudahan pusat asuhan kanak-kanak bagi faedah pekerja-pekerja, sama ada di kawasan tempat kerja atau di tempat lain yang bersesuaian. Dengan adanya kemudahan pusat asuhan kanak-kanak di tempat pekerjaan ini, maka ramai di kalangan pekerja wanita yang mempunyai masalah penjagaan anak dapat mengatasi masalah mereka dan dapat meneruskan kerja dengan tekun. Di samping itu, anak-anak mereka juga dapat memperolehi manfaat dari pengasuhan yang teratur.

Justeru itu, sebuah buku bertajuk GARIS PANDUAN PUSAT ASUHAN KANAK-KANAK oleh para majikan di sektor swasta telah dikeluarkan bagi dijadikan panduan kepada agensi-agensi kerajaan dan institusi-institusi lain sekiranya mereka ingin menubuhkan pusat asuhan kanak-kanak bagi faedah pekerja-pekerja mereka.

Sumber: JABATAN TENAGA KERJA SEMENANJUNG MALAYSIA, KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA.

No comments:

Post a Comment