Saya menerima 2 orang bakal usahawan muda yang berminat menjalankan perniagaan taska hari ini di pejabat NURBUDI WORLD VENTURES. Apa yang ingin dikongsikan di sini ialah masing2 berumur 31 & 32 tahun dan mereka adalah wanita iaitu ibu kepada beberapa orang anak. Dan yang bagusnya mereka ini ialah mereka mempunyai tali kekeluargaan sebagai biras.
Niat mereka menceburkan diri dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak ini adalah kerana masing2 terpanggil untuk memberi mutu perkhidmatan yang lebih baik kepada kanak-kanak yang di jaga di taska atau pusat jagaan. Di tempat mereka, Putra Height taska yang ada kurang memberi mutu perkhidmatan yang paling baik. Maksudnya dari segi layanan terhadap kanak-kanak & juga ibu bapa. Ada yang memanggil nama anak2 dengan suara yang lantang dan tidak enak di dengar. Malah ada juga yang menjalankan perniagaan taska & tadika di premis yang sama di mana ianya salah di bawah Akta PBT, JKM & Jabatan Pendidikan. Di Malaysia ini, kanak-kanak yang berumur di bawah 4 tahun tertakluk di bawah JKM, manakala bagi kanak-kanak yang berumur 4 sehingga 6 tahun pula adalah di bawah jagaan Jabatan Pendidikan Malaysia (JPN). Bagi pengusaha taska & tadika, ianya akan memberi peluang mendapatkan keuntungan yang lebih dengan menjalankan 2 perniagaan dalam 1 premis. Di sebabkan kekangan kos yang agak tinggi dari segi global maka inilah langkah yang mudah bagi menampung kos semasa.
Walaupun taklimat PROGRAM USAHAWAN TASKA yang biasanya dianjurkan pada hari bekerja ( Isnin-Jumaat), namun 2 individu ini tidak dapat hadir disebabkan mereka masih lagi bekerja di syarikat swasta. Di sebabkan idea untuk membuka perniagaan taska sudah lama terbuku (tahun 2012) maka mereka memberanikan diri untuk hadir ke taklimat ini walaupun pada hari Sabtu. Saya sangat puji komitmen mereka yang sangat jitu. Dan saya doakan semoga dengan niat dan semangat meraka yang jitu ini mereka dapat membuka sebuah taska yang kerkualiti samaada dengan nama NURBUDI ataupun nama taska mereka sendiri. SEMOGA BERJAYA.
No comments:
Post a Comment