Bermula pada Disember 2013, pengguna yang ingin menubuhkan TASKA boleh mendaftar terus secara online di laman ejkm iaitu http:www.online.jkm.gov.my. Tujuan penubuhan ejkm ini adalah bertujuan menjimatkan masa & tenaga pada kedua-dua pihak (pengusaha taska & pegawai JKM).
Thursday, 12 December 2013
Friday, 29 November 2013
SENARAI SEMAK PERMOHONAN UNTUK KEBENARAN MERANCANG MAJLIS PERBANDARAN KLANG (MPK)
Di sini kami ingin berkongsi maklumat mengenai senarai semak permohonan kebenaran merancang MAJLIS PERBANDARAN KLANG (MPK). Ini kerana senarai semak ini berlainan mengikut daerah.
1. SURAT PERMOHONAN RASMI
2. LAPORAN CADANGAN PEMAJUAN (LCP)
3. BAYARAN FI KEBENARAN MERANCANG
4. BAYARAN FI PENYEDIAAN PELAN SUSUNATUR
5. SURATAN HAKMILIK TANAH/ GERAN TANAH/CARIAN RASMI/SALE & PURCHASE AGREEMENT
6. SALINAN CUKAI TAKSIRAN
7. SALINAN CUKAI TANAH TERKINI
8. SALINAN SIJIL LAYAK MENDUDUKI
9. SALINAN SSM
10. GAMBAR PREMIS
11. SENARAI NAMA PEMILIK RUMAH BERSEMPADAN PREMIS
12. SURAT SOKONGAN DARI JABATAN BOMBA & PENYELAMAT DAERAH KLANG
13. SURAT SOKONGAN DARI JKM
Wednesday, 13 November 2013
PROSES PENUBUHAN PUSAT ASUHAN KANAK-KANAK
Usaha penggalakan penubuhan pusat asuhan kanak-kanak di sektor swasta amnya dan di sektor perkilangan khususnya sedang dibuat bagi meningkatkan tahap penyertaan wanita dalam pasaran buruh. Majikan perlu menyediakan kemudahan pusat asuhan kanak-kanak bagi faedah pekerja-pekerja, sama ada di kawasan tempat kerja atau di tempat lain yang bersesuaian. Dengan adanya kemudahan pusat asuhan kanak-kanak di tempat pekerjaan ini, maka ramai di kalangan pekerja wanita yang mempunyai masalah penjagaan anak dapat mengatasi masalah mereka dan dapat meneruskan kerja dengan tekun. Di samping itu, anak-anak mereka juga dapat memperolehi manfaat dari pengasuhan yang teratur.
Justeru itu, sebuah buku bertajuk GARIS PANDUAN PUSAT ASUHAN KANAK-KANAK oleh para majikan di sektor swasta telah dikeluarkan bagi dijadikan panduan kepada agensi-agensi kerajaan dan institusi-institusi lain sekiranya mereka ingin menubuhkan pusat asuhan kanak-kanak bagi faedah pekerja-pekerja mereka.
Sumber: JABATAN TENAGA KERJA SEMENANJUNG MALAYSIA, KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA.
Sunday, 27 October 2013
KALAU AKU KAYA
Lirik Lagu Kalau Aku Kaya- Awi rafael ft Altimet
Kalau aku kaya
Aku nak gaya hidup ke berubah
Alangkah indah kalau dah tak susah
Jadi pemilik bukan sewa rumah
Makan tak habis minum tak sudah
Bil api air semua bayar awal
Masuk dalam bank semua melopong
Dalam akaun ada banyak 0 0 0 0
Kalau aku kaya
Hari-hari raya
Bil-bil jiran keluarga
Aku belanja selamba
Kalau aku kaya
Aku beli segalanya
Bungkuskan semua
Hadiahkan pada mama
Kalau aku kaya
Aku nak gaya hidup ke berubah
Alangkah indah kalau dah tak susah
Jadi pemilik bukan sewa rumah
Makan tak habis minum tak sudah
Bil api air semua bayar awal
Masuk dalam bank semua melopong
Dalam akaun ada banyak 0 0 0 0
Kalau aku kaya
Hari-hari raya
Bil-bil jiran keluarga
Aku belanja selamba
Kalau aku kaya
Aku beli segalanya
Bungkuskan semua
Hadiahkan pada mama
Melalui lirik di atas, dapat disimpulkan bahawa kekayaan wang ringgit boleh memberi 90% kebahagiaan & kegembiraan kepada kita, jiran, keluarga atau orang disekeliling kita. Sememangnya wang ringgit bukan segalanya, tetapi mampu menyelesesaikan banyak masalah dan persengketaan. Bagaimana nak menjadi kaya jika bukan dengan berniaga. Nabi pun ada berpesan, Berniaga lah kamu kerana mengikut sunnah ku. Dengan hanya berniaga kita mendapat pahala. Dulu sahabat saya hanya bekerja dengan orang dan hanya memandang bos atau ketua yang berada di atasnya memakai pakaian mewah dan kereta besar. Tetapi dengan berkat kegigihan dan usaha yang jitu di dalam perniagaan sekarang, beliau pun sudah dapat memiliki apa yang telah diperolehi oleh bosnya dulu dengan berhenti bekerja dan menjalankan perniagaan sepenuh masa. Sertai kami di Bengkel PROGRAM USAHAWAN TASKA untuk menjadi usahawan yang terbilang & cemerlang.
Thursday, 24 October 2013
KRITERIA PEMILIHAN BAHAN & PERALATAN UNTUK KANAK-KANAK
Berikut adalah kriteria pemilihan bahan & peralatan:
1. Peralatan semulajadi
Peralatan yang memberi pengalaman & peluang belajar konsep matematik seperti luas dan pengukuran. Bahan-bahan semulajdi ini boleh didapati dengan mudah seperti pasir, tanah liat & air. Pastikan sekiranya anda menggunakan bahan semulajadi seperti daun yang diambil dari kebun hendaklah dipastikan tidak membahayakan kepada kanak-kanak. Misalnya daun yang terdapat duri, bergetah dan gatal-gatal.
2. Bahan konstruktif
Bahan konstruktif seperti lego dan bongkah membantu membina koordinasi motor halus, berimaginasi, pengalaman mengukur, nisbah (ratio), penyelesaian masalah, dan bekerjasama dengan rakan. Dicadangkan sekiranya anda menggunakan bahan konstruktif sebaik-baiknya bahan tersebut dikehendaki berbentuk 'terbuka' (open-ended). Guru boleh membahagikan mengikut kumpulan kecil atau secara individu. Bergantung kepada kesesuaian masa dan bentuk aktiviti yang dirancang.
3. Bahan manipulatif
Bahan manupulatif seperti puzzles, bijian, butang adalah untuk memberi peluang kanak-kanak melatih koordinasi tangan-mata dan membantu membina otot kecil pada jari dan tangan. Pengalaman ini penting untuk embantu keupayaan menulis, mengenakan butang & zip. Pastikan sekiranya anda menggunakan butang dan benang hendaklah memastikan kanak-kanak tidak memasukkan bahan tersebut ke dalam mulut atau hidung.
4. Bahan seni lukis
Bahan seni lukis seperti gam, tanah liat, warna dan kolaj memberi peluang kepada kanak-kanak untuk melahirkan idea kreatif, menyelesaikan masalah serta membantu dalam perkembangan fizikal & deria. Bahan warna hendaklah yang tidak mengandungi toksid.
5. Buku
Buku-buku yang dipilih hendaklah bersesuaian dengan peringkat umur. Buku juga dapat membina perkembangan minda seperti bahasa, imaginasi dan kreativiti. Sebaik-baiknya pilih buku yang banyak terdapat illustrasi dan sedikit perkataan.
1. Peralatan semulajadi
Peralatan yang memberi pengalaman & peluang belajar konsep matematik seperti luas dan pengukuran. Bahan-bahan semulajdi ini boleh didapati dengan mudah seperti pasir, tanah liat & air. Pastikan sekiranya anda menggunakan bahan semulajadi seperti daun yang diambil dari kebun hendaklah dipastikan tidak membahayakan kepada kanak-kanak. Misalnya daun yang terdapat duri, bergetah dan gatal-gatal.
2. Bahan konstruktif
Bahan konstruktif seperti lego dan bongkah membantu membina koordinasi motor halus, berimaginasi, pengalaman mengukur, nisbah (ratio), penyelesaian masalah, dan bekerjasama dengan rakan. Dicadangkan sekiranya anda menggunakan bahan konstruktif sebaik-baiknya bahan tersebut dikehendaki berbentuk 'terbuka' (open-ended). Guru boleh membahagikan mengikut kumpulan kecil atau secara individu. Bergantung kepada kesesuaian masa dan bentuk aktiviti yang dirancang.
Bahan manupulatif seperti puzzles, bijian, butang adalah untuk memberi peluang kanak-kanak melatih koordinasi tangan-mata dan membantu membina otot kecil pada jari dan tangan. Pengalaman ini penting untuk embantu keupayaan menulis, mengenakan butang & zip. Pastikan sekiranya anda menggunakan butang dan benang hendaklah memastikan kanak-kanak tidak memasukkan bahan tersebut ke dalam mulut atau hidung.
4. Bahan seni lukis
Bahan seni lukis seperti gam, tanah liat, warna dan kolaj memberi peluang kepada kanak-kanak untuk melahirkan idea kreatif, menyelesaikan masalah serta membantu dalam perkembangan fizikal & deria. Bahan warna hendaklah yang tidak mengandungi toksid.
5. Buku
Buku-buku yang dipilih hendaklah bersesuaian dengan peringkat umur. Buku juga dapat membina perkembangan minda seperti bahasa, imaginasi dan kreativiti. Sebaik-baiknya pilih buku yang banyak terdapat illustrasi dan sedikit perkataan.
Monday, 21 October 2013
TIP BISNES: BILA MASA PALING SESUAI MEMULAKAN PERNIAGAAN?
Assalamualaikum.
Ramai yang mengatakan kepada saya, ilmu belum cukup di dada untuk memulakan perniagaan. Siapa kata anda perlu mempunyai ilmu yang penuh untuk memulakan? Pernahkah anda mendengar ada jutawan yang berkata " ILMU SAYA SUDAH PENUH DI DADA, SEBAB ITU SAYA SUKSES"..Tidak mungkin sama sekali.
Benda ini macam isu telur ayam dan mak ayam?Yang mana satu keluar dulu.
ANDA SEBENARNYA PERLU MEMULAKAN USAHA MEMBINA PERNIAGAAN ANDA DARI SEKARANG!!
Tidak kisah dengan mencari ilmu di dada akbar atau mempelajari kemahiran yang mungkin akan diperlukan nanti.Saya selalu nasihat kan, nak berniaga ni anda perlu belajar banyak perkara. Setiap perkara itu mempunyai terlalu banyak butirannya yang perlu anda kutip.Anda mungkin tidak perlu tahu semuanya, cukup sekadar 1 atau 2 perkara sahaja.Sebab itu sangat penting untuk anda mencari dan bertanya kepada orang yang sudah berjaya. Melalui PROGRAM USAHAWAN TASKA ini anda diberi mentor bagi memantau setiap aktiviti yang bakal anda lakukan supaya anda tidak tersasar dari matlamat asal. SEMOGA BERJAYA MENUJU KE PUNCAK KEJAYAAN!!
Sunday, 20 October 2013
KEBERSIHAN BAYI
Persiapan sebelum mandi
Sediakan barang-barang seperti berikut:
1) Di sebelah kanan
a. tempat yang beralas dan selesa untuk meletak bayi
b. Tuala kecil yang lembut
c. Tuala besar
d. Sabun dan syampu
e. Kapas
f. Bedak, pampers, baju dan seluar
2) Di sebelah kiri
a. Besen besar
b. Besen kecil untuk membasuh rambut
Penyediaan air mandi
Tuangkan air sejuk ke dalam besen besar, suamkan dengan air panas. Rasa kepanasan air dengan siku atau belakang tapak tangan ( gunakan cara yang sama untuk besen kecil). Basuh tangan anda dengan bersih sebelum memandikan bayi.
Saturday, 19 October 2013
KISAH 2 BAKAL USAHAWAN MUDA
Saya menerima 2 orang bakal usahawan muda yang berminat menjalankan perniagaan taska hari ini di pejabat NURBUDI WORLD VENTURES. Apa yang ingin dikongsikan di sini ialah masing2 berumur 31 & 32 tahun dan mereka adalah wanita iaitu ibu kepada beberapa orang anak. Dan yang bagusnya mereka ini ialah mereka mempunyai tali kekeluargaan sebagai biras.
Niat mereka menceburkan diri dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak ini adalah kerana masing2 terpanggil untuk memberi mutu perkhidmatan yang lebih baik kepada kanak-kanak yang di jaga di taska atau pusat jagaan. Di tempat mereka, Putra Height taska yang ada kurang memberi mutu perkhidmatan yang paling baik. Maksudnya dari segi layanan terhadap kanak-kanak & juga ibu bapa. Ada yang memanggil nama anak2 dengan suara yang lantang dan tidak enak di dengar. Malah ada juga yang menjalankan perniagaan taska & tadika di premis yang sama di mana ianya salah di bawah Akta PBT, JKM & Jabatan Pendidikan. Di Malaysia ini, kanak-kanak yang berumur di bawah 4 tahun tertakluk di bawah JKM, manakala bagi kanak-kanak yang berumur 4 sehingga 6 tahun pula adalah di bawah jagaan Jabatan Pendidikan Malaysia (JPN). Bagi pengusaha taska & tadika, ianya akan memberi peluang mendapatkan keuntungan yang lebih dengan menjalankan 2 perniagaan dalam 1 premis. Di sebabkan kekangan kos yang agak tinggi dari segi global maka inilah langkah yang mudah bagi menampung kos semasa.
Walaupun taklimat PROGRAM USAHAWAN TASKA yang biasanya dianjurkan pada hari bekerja ( Isnin-Jumaat), namun 2 individu ini tidak dapat hadir disebabkan mereka masih lagi bekerja di syarikat swasta. Di sebabkan idea untuk membuka perniagaan taska sudah lama terbuku (tahun 2012) maka mereka memberanikan diri untuk hadir ke taklimat ini walaupun pada hari Sabtu. Saya sangat puji komitmen mereka yang sangat jitu. Dan saya doakan semoga dengan niat dan semangat meraka yang jitu ini mereka dapat membuka sebuah taska yang kerkualiti samaada dengan nama NURBUDI ataupun nama taska mereka sendiri. SEMOGA BERJAYA.
Thursday, 17 October 2013
LABUR RM20 JUTA @ RM 38K SAHAJA
Semestinya ramai yang pernah mendengar jenama mihun yang tersohor iaitu EKA. Biasanya jenama EKA ni boleh dapati di pasaraya besar atau mini market. Bukan senang nak berniaga makan ni, perlukan modal yang sangat besar. Dalam kenyataan yang terbaru dalam Harian Metro, Kilang Bihun Bersatu ( KBB) Resources Berhad iaitu pengeluar mihun terbesar negara yang mengeluarkan produk berjenama EKA terpaksa melabur RM 20 juta bagi membeli mesin untuk memenuhi permintaan pasaran dalam dan luar negara. Dengan NUR BUDI WORLD VENTURES anda hanya perlukan modal sebanyak RM 38k sahaja. Harga ini adalah harga promosi iaitu terhad kepada 10 usahawan terawal sahaja. Harga ini termasuk proses penubuhan taska dari A sampai Z ( cat & deko taska, lesen JKM, permainan kanak2, promosi & iklan). Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pihak pengurusan NURBUDI WORLD VENTURES. Segalanya bermula di sini.
Sunday, 13 October 2013
KATEGORI TASKA
1. TASKA Di institusi
Menerima 10 orang atau lebih dalam jagaan.
2. TASKA Di tempat kerja
Menerima 10 orang atau lebih dalam jagaan.
Ditubuhkan di tempat kerja.
3. TASKA Komuniti
Menerima 10 orang atau lebih dalam jagaan.
Menerima bantuan daripada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri.
4. TASKA Di rumah
Menerima kurang daripada 10 orang dalam jagaan.
Menerima 10 orang atau lebih dalam jagaan.
2. TASKA Di tempat kerja
Menerima 10 orang atau lebih dalam jagaan.
Ditubuhkan di tempat kerja.
3. TASKA Komuniti
Menerima 10 orang atau lebih dalam jagaan.
Menerima bantuan daripada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri.
4. TASKA Di rumah
Menerima kurang daripada 10 orang dalam jagaan.
Saturday, 20 July 2013
SELAMAT DATANG KE PROGRAM USAHAWAN TASKA
Perniagaan adalah satu proses pembelajaran. Setiap apa yang kita buat akan ada sukses dan kegagalan. Dan setiap sukses atau gagal, akan membawa maklumat yang penting tentang langkah yang telah diambil. Sebab itu, apabila anda ingin memulakan sesuatu perniagaan itu, anda hendaklah menanamkan semangat yang kuat untuk berjaya & sedar sepenuh hati bahawa akan ada sukses, kegagalan & kerugian yang bakal anda hadapi.
Namun begitu, anda tidak perlu khuatiri atau gusar kerana melalui PROGRAM USAHAWAN TASKA ini anda akan mendapat sokongan yang padu daripada pihak pengurusan NURBUDI WORLD VENTURES untuk membantu anda membuka & menguruskan perniagaan taska & tadika di bawah nama NURBUDI KIDS CENTRE.
NURBUDI WORLD VENTURES adalah sebuah syarikat bumiputra yang bertanggungjawab melahirkan usahawan yang berminat menceburkan diri di dalam pendidikan awal kanak-kanak. Kami bertindak sebagai konsultan melaui kaedah Mentor-mentee.
SALAH PILIH GURU, ANDA AKAN SESAT!!
Untuk berjaya di dalam perniagaan, anda perlukan 3 perkara penting:
1. ILMU
2. MENTOR
3. KOMUNITI
Subscribe to:
Posts (Atom)